Bincang kemajuan pendidikan, pembelajaran

Bincang kemajuan pendidikan, pembelajaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Ahli Lembaga Dewan Pertimbangan Presiden Republik Indonesia, Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi dan rombongan.

Hadir sama pada majlis yang berlangsung di Bilik At-Takwa Kementerian Pendidikan, Berakas, itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Ketua Bahagian Pengajian Tinggi, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee; dan Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pendidikan, Awang Abdul Khalid bin Haji Mahmood.

Kunjungan muhibah ini bertujuan bagi membincangkan dan mengemas kini kemajuan pendidikan dan pembelajaran di Republik Indonesia pada masa kini.

Turut diberikan perhatian ialah ruang-ruang kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya dalam pengajian tinggi di antara kedua-dua buah Negara.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika menerima kunjungan Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika menerima kunjungan Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi.

ARTIKEL YANG SAMA