Bincang keselamatan berbasikal

Bincang keselamatan berbasikal

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan dan kelab berbasikal di negara ini untuk merangka strategi dan pendekatan terbaik ke arah meningkatkan keselamatan jalan raya khususnya dalam kalangan pengguna berisiko tinggi seperti pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.

Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof juga selaku pengerusi MKKJR menyatakan perkara ini semasa sesi dialog dengan persatuan, kelab dan kumpulan berbasikal di negara ini yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, hari ini.

Sesi dialog yang julung-julung kalinya diadakan itu disertai kira-kira 40 orang penunggang basikal.

Ia adalah susulan beberapa kes kemalangan jalan raya membabitkan penunggang basikal termasuk yang terbaru pada 2 September lalu di mana seorang penunggang basikal maut dalam nahas di Lebuh Raya Rimba.

Awang Abdul Mutalib mempengerusikan sesi dialog berkenaan.
Awang Abdul Mutalib mempengerusikan sesi dialog berkenaan.
Sesi dialog dihadiri seramai 40 orang penunggang basikal.
Sesi dialog dihadiri seramai 40 orang penunggang basikal.

Sesi dialog berkenaan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Dr Haji Supry bin Haji Awang Ladi, Pengarah Jabatan Kerja Raya, Awang Yee Wan Chung @ Yee Kok On serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan dan JPD yang lain.

Dialog bertujuan membincangkan dan berkongsi mengenai amalan-amalan terbaik berbasikal yang selamat.

Pada sesi dialog tersebut, Pengarah JPD turut menyampaikan taklimat mengenai etika-etika berbasikal serta peraturan yang berkaitan.

Antara peraturan yang diketengahkan termasuk para penunggang basikal tidak boleh ditunda oleh mana-mana kenderaan apabila berada di jalan raya; penunggang basikal hendaklah memakai topi keledar pelindung mengikut piawaian-piawaian yang telah ditetapkan.

ARTIKEL YANG SAMA