Bincang krisis penghijrahan Eropah, kebangkitan semula konflik Ukraine

Bincang krisis penghijrahan Eropah, kebangkitan semula konflik Ukraine

BERLIN, 24 Ogos (AFP) – Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis Francois Hollande mengadakan pertemuan di Berlin hari ini untuk memberi nafas baru kepada usaha Eropah menangani krisis penghijrah terbesar dalam tempoh 50 tahun.

Kedua-dua pemimpin terbabit juga akan mengadakan rundingan mengenai kebangkitan semula keganasan di Ukraine dan akan disertai kemudiannya oleh presiden negara itu Petro Poroshenko.

Sidang media bersama oleh ketiga-tiga mereka akan menyusul selepas majlis makan malam.

Merkel dan Hollande sudah melakukan yang sepatutnya untuk mencari jalan penyelesaian bagi kebangkitan pro-Rusia selama 16 bulan di Ukraine sekali gus mencapai keamanan yang berterusan.

Rundingan hari ini dengan ketara sekali menunjukkan ketiadaan pembabitan pemimpin Rusia Vladimir Putin.

Camselor Jerman Angela Merkel (kiri) dan Presiden Perancis Francois Hollande. – Reuters
Camselor Jerman Angela Merkel (kiri) dan Presiden Perancis Francois Hollande. – Reuters

Para pemimpin Perancis dan Jerman menghabiskan masa 17 jam bersama-sama Putin dan pemimpin Ukraine, Poroshenko di Minsk ibu negara Belarus pada Februari sebelum muncul dengan perjanjian damai yang menjanjikan penamatan segera peperangan dan menyelesaikan semua pertikaian politik menjelang akhir tahun.

Namun apa yang dipanggil sebagai Perjanjian Minsk II sudah berulang kali dilanggar oleh kedua-dua belah pihak. Sementara itu jumlah kematian kedua-dua belah pihak sudah pun mencecah 6,900 orang.

Sumber Ukraine berkata pengecualian Putin adalah dengan hakikat bahawa “Perancis dan Jerman berada dalam bot yang sama seperti kita”, tetapi sumber Perancis segera menolak sebarang terjemahan bagi “perang diplomatik ke atas Rusia.”

ARTIKEL YANG SAMA