Bincang pelbagai aspek ekosistem perniagaan

Bincang pelbagai aspek ekosistem perniagaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – DARe (Darussalam Enterprise), sebuah lembaga berkanun yang bertujuan untuk memupuk dan menyokong usahawan tempatan telah menganjurkan sesi perkumpulan bagi 17 usahawan dari industri kreatif dan sektor kelengkapan, di Auditorium Bengkel Tingkat 3, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa, kelmarin.

Sesi tumpuan kumpulan ini adalah inisiatif berterusan bagi DARe untuk melibatkan usahawan tempatan dan menyediakan platform yang mana DARe dan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengadakan perbincangan terbuka yang menyentuh pelbagai aspek ekosistem perniagaan dalam negara ini.

Semasa sesi itu juga, para usahawan bukan hanya berkongsi isu-isu yang dihadapi oleh perniagaan mereka namun juga perkara-perkara yang DARe boleh berikan bantuan.

Manakala itu, sesi perkumpulan bagi perwakilan daripada industri-industri makanan juga akan diadakan pada 21 Mac ini dan oleh itu, DARe turut mengalu-alukan semua usahawan untuk menyertai dialog, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan DARe.

Para usahawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang DARe boleh berhubung terus ke tingkat 1, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Simpang 32-37, Kampung Anggerek Desa atau menghantar e-mel kepada dare@ei.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA