Bincang peralihan kuasa di Myanmar

Bincang peralihan kuasa di Myanmar

NAYPYITAW, 2 Dis (Reuters) – Ikon Demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini membincangkan pemindahan lancar kuasa kepada partinya dengan Presiden Thein Sein, kali pertama kedua-dua mereka mengadakan pertemuan sejak parti Suu Kyi, Parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) memenangi pilihan raya November lalu.

Apabila pentadbiran baru mengangkat sumpah awal tahun depan, itu adalah kali pertama sejak 1960 kerajaan yang dilantik secara demokrasi akan mengambil alih pucuk pimpinan di negara yang dicengkam pemerintahan tentera selama berdekad-dekad lamanya.

Tetapi hubungan ketenteraan yang dapat dibentuk, yang mengekalkan kuasa besar, adalah yang penting bagi Suu Kyi ketika partinya berusaha bagi kemunculan sulung yang lancar dalam kerajaan.

Antara langkah pertama selepas kemenangan penerima anugerah Nobel ini ialah untuk meminta bagi rundingan perdamaian dengan bekas jeneral reformis Thein Sein dan orang paling penting dalam pasukan bersenjata Min Aung Hlaing. Yang ketenteraannya mengendali kementerian dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal sempadan di bawah perlembagaan yang di draf sebelum akhir pemerintahan setengah abadnya.

Presiden Myanmar, Thein Sein (kiri) berjabat tangan dengan pemimpin NLD sebelum perbincangan mereka di Naypyitaw, semalam. – Reuters
Presiden Myanmar, Thein Sein (kiri) berjabat tangan dengan pemimpin NLD sebelum perbincangan mereka di Naypyitaw, semalam. – Reuters

Suu Kyi telah mengadakan rundingan tertutup dengan Thein Sein di kediamannya di Naypyitaw dan rundingan selama 45 minit itu bertumpu pada pemindahan kuasa, menurut jurucakap presiden yang juga Menteri Penerangan, Ye Htut.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Min Aung Hlaing di sebelah tengah hari.

“Kami telah mengadakan saluran perhubungan terbuka antara kedua belah pihak,” Ye Htut memberitahu sidang media.

“Mereka terutamanya menumpu pada pemindahan lancar dan aman tanggung jawab kerajaan kepada kerajaan akan datang, untuk bekerjasama secara dua hala supaya tidak ada sebarang kebimbangan di kalangan rakyat.”

Menurutnya pemindahan kepada presiden baru ‘sepenuhnya tidak pernah berlaku dalam sejarah kita’.