Bincang perih...

Bincang perihal pendermaan untuk anak-anak yatim

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 4 Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan telah mengadakan mesyuarat pertamanya bagi tahun 2017 bagi membuat persiapan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah Sekampung 2017.

Selain itu, mesyuarat juga membincangkan Majlis Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim bagi penduduk Kampung Kawasan 4 RPN Lambak Kanan serta membincangkan Majlis Sambutan Hari Raya yang akan datang serta projek-projek lain.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Lambak Kanan, Haji Jumat bin Nasir.

Manakala itu, Setiausaha MPK, Haji Othman bin Haji Aliassan telah menyampaikan laporan bagi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2016 yang telah diungkayahkan oleh MPK berkenaan.

Gambar ramai yang mengikuti mesyuarat tersebut.
Gambar ramai yang mengikuti mesyuarat tersebut.