Bincang persediaan Sambutan Perayaan

Bincang persediaan Sambutan Perayaan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 7 April – Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 bagi Daerah Tutong 2016 telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, baru-baru ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Antara agenda mesyuarat termasuk membincangkan persediaan acara-acara rasmi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan bagi Daerah Tutong.

Mesyuarat juga membincangkan cadangan acara-acara sektoral termasuk keagamaan, kesukanan dan kemasyarakatan serta Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam bagi ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Majlis Perundingan Kampung.

Haji Adnan hadir sebagai pengerusi Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan bagi Daerah Tutong 2016.
Haji Adnan hadir sebagai pengerusi Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan bagi Daerah Tutong 2016.

Antara lain tujuan mesyuarat adalah bagi melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-pengerusi Acara Keraian Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 bagi Daerah Tutong, Tahun 2016.

Hadir sama ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya; pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan cawangan Daerah Tutong dan ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi dan pengerusi-pengerusi acara keraian perayaan serta para penghulu dan ketua-ketua kampung di Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA