Bincang prospek ekonomi lebih luas, peluang baru

Bincang prospek ekonomi lebih luas, peluang baru

SOCHI, Rusia, 20 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Negara Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20 bersama perwakilan daripada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia yang berlangsung di Radisson Blu Resort and Congress Centre, Sochi.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin.

Selesai menghadiri mesyuarat tersebut, Baginda seterusnya dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama Presiden Persekutuan Rusia, ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN dan setiausaha agung ASEAN.

Forum Perniagaan ASEAN-Rusia ini menawarkan peluang yang unik bagi mempromosikan dialog yang membina di antara wakil-wakil utama dari peniagaan, politik, masyarakat sivil, dan masyarakat pakar Persekutuan Rusia dan negara-negara ASEAN mengenai isu-isu utama perdagangan, ekonomi, pelaburan dan kerjasama teknologi.

Ia juga akan membolehkan para peserta untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka, dan akan membuka peluang baru dalam mendalami integrasi di antara wilayah. Selepas mesyuarat itu, Baginda Sultan kemudian berkenan berangkat menghadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20 yang juga berlangsung di tempat yang sama.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin (tengah) dan Tuan Yang Terutama Thonglun Sisoulith (kiri) ketika menghadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20. - Gambar-gambar Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin (tengah) dan Tuan Yang Terutama Thonglun Sisoulith (kiri) ketika menghadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20. – Gambar-gambar Infofoto

pg01_160521_logo_asean-russia

ATAS & BAWAH: Baginda Sultan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Negara Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20 bersama perwakilan daripada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia yang berlangsung di Radisson Blu Resort and Congress Centre, Sochi.
ATAS & BAWAH: Baginda Sultan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Negara Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20 bersama perwakilan daripada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia yang berlangsung di Radisson Blu Resort and Congress Centre, Sochi.

pg04_160521_c

pg04_160521_d

Sidang kemuncak telah dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Tuan Yang Terutama Vladimir Putin bagi mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN.

Ini diikuti dengan ucapan pembukaan daripada Perdana Menteri Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Thonglun Sisoulith selaku Pengerusi ASEAN. Semasa sesi plenari ini, Baginda Sultan turut berkenan mengurniakan titah.

Selesai sesi plenari, Baginda seterusnya dijunjung menghadiri santap tengah hari yang diteruskan dengan sesi perbincangan.

Sementara itu, malam tadi, Baginda Sultan telah berkenan berangkat menghadiri Resepsi Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia bagi meraikan ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN yang menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20 yang dihoskan oleh Presiden Persekutuan Rusia.

Resepsi tersebut yang diadakan di Galaxy Community and Cultural Centre, Krasnaya Polyana, Sochi turut diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Sidang kemuncak komemoratif tersebut memberi peluang kepada ASEAN dan Persekutuan Rusia untuk mengimbas kembali lebih 20 tahun kerjasama yang produktif antara kedua-kedua pihak, di samping meneroka bidang-bidang kerjasama yang baru.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membincangkan prospek-prospek ekonomi yang lebih meluas untuk membangunkan kerjasama antara ASEAN dan Kesatuan Ekonomi Eurasia, di samping memupuk kerjasama bagi keseluruhan kawasan Eurasia.

ARTIKEL YANG SAMA