Bincang sambutan Hari Kebesaran Islam

Bincang sambutan Hari Kebesaran Islam

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah telah diadakan, hari ini, bagi membincangkan acara-acara yang akan diadakan sepanjang tahun 1437 Hijrah.

Mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Mesyuarat antara lain membincangkan mengenai Majlis Sambutan Awal Tahun 1437 Hijrah, Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, Majlis Sambutan Israk dan Mikraj serta Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran.

Sementara itu, antara agenda yang dibincangkan ialah cadangan tema bagi setiap majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam bagi tahun 1437H, tarikh dan tempat mengadakan majlis serta acara-acara iringan, lantikan Ahli Jawatankuasa Bertindak, Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa Kerja yang akan diadakan bersempena dengan hari-hari kebesaran Islam berkenaan.

Yang Berhormat Pengiran Dato Haji Mohammad (tengah) bergambar ramai dengan ahli jawatankuasa tertinggi majlis.
Yang Berhormat Pengiran Dato Haji Mohammad (tengah) bergambar ramai dengan ahli jawatankuasa tertinggi majlis.

Selain daripada acara-acara keagamaan yang diadakan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta di masjid-masjid, surau, balai ibadat seperti bacaan doa awal/akhir tahun, syarahan dan forum ugama, sambutan hari-hari kebesaran Islam juga akan disambut dan dirayakan di peringkat negara.

ARTIKEL YANG SAMA