Bincang, teli...

Bincang, teliti masalah & isu

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Mei – Sebagai kesinambungan dan nilai tambah kepada Mesyuarat Pegawai Daerah dan Ketua-ketua Kampung, sesi Muzakarah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Pemimpin Akar Umbi diteruskan ke Daerah Belait, hari ini.

Muzakarah melalui lawatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong tersebut telah diadakan di Dewan Pusat Operasi Kecemasan Daerah (DEOC) Jabatan Daerah Belait, di sini.

Hadir pada muzakarah itu ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN, pegawai Daerah Belait, pegawai-pegawai kanan KHEDN serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Belait.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan Yang Berhormat Pehin yang antara lain menyatakan bahawa sesi muzakarah itu adalah sebagai kesinambungan dan nilai tambah kepada Mesyuarat Pegawai Daerah dan Ketua-ketua Kampung untuk membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama yang berkisar pada cadangan-cadangan membina, meneliti masalah-masalah dan isu-isu di peringkat kampung, mukim dan daerah demi memelihara kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat dan penduduk di Daerah Belait.

Yang Berhormat Pehin dan Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman bergambar ramai bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Belait.
Yang Berhormat Pehin dan Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman bergambar ramai bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Belait.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar semasa berucap pada sesi muzakarah bersama pemimpin akar umbi Daerah Belait.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar semasa berucap pada sesi muzakarah bersama pemimpin akar umbi Daerah Belait.
Sesi muzakarah yang dihadiri oleh pemimpin akar umbi di Daerah Belait.
Sesi muzakarah yang dihadiri oleh pemimpin akar umbi di Daerah Belait.

Ia juga dihasratkan bagi meningkatkan lagi perhubungan, persefahaman dan kerjasama yang mantap antara KHEDN dengan pemimpin-pemimpin akar umbi di daerah ini.

Perjumpaan berkenaan adalah antara beberapa siri muzakarah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di seluruh negara.

Daerah Temburong merupakan yang pertama siri muzakarah berkenaan diadakan pada 13 Mei lalu, diikuti di Daerah Tutong dan di Daerah Brunei dan Muara.

ARTIKEL YANG SAMA