Bintang Atletico perkukuh Kedudukan Argentina di Rio

Bintang Atletico perkukuh Kedudukan Argentina di Rio

BUENOS AIRES, 15 Julai – Argentina menamakan pemain Atletico Madrid, Angel Correa dan Giovanni Simeone yang juga anak lelaki kepada jurulatih kelab Sepanyol, Diego, dalam pasukan bola sepak kebangsaan bagi Sukan Olimpik Rio pada bulan depan.

Correa adalah seorang daripada lima pemain yang berpangkalan di luar negara selain pemain tengah West Ham United, Manuel Lanzini; penjaga gol Real Sociedad, Geronimo Rulli disamping penyerang, Jonathan Calleri dan Lucas Romero, yang bermain di Brazil masing-masing bagi kelab Sao Paulo dan Cruzeiro.

Pemain ternama yang diketepikan pula adalah penyerang Juventus, Paulo Dybala dan Mauro Icardi dari Inter Milan selepas Argentina mempunyai masalah serius dalam mendapatkan pelepasan pemain bagi skuad Olimpik seramai 18 pemain itu.

“Kami mempersiapkan pasukan dalam keadaan kesukaran,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Argentina, Gerardo Werthein kepada La Nacion selepas meluahkan kebimbangannya minggu lalu apabila dia berkemungkinan tidak memperoleh skuad bagi temasya itu.

Jurulatih, Gerardo Martino menarik diri selepas Copa America di Amerika Syarikat bulan lalu, di mana pasukan senior Argentina itu memperoleh tempat kedua di belakang Chile, selepas mendapati dia hanya memperoleh sembilan pemain yang mengesahkan akan menyertai skuad bagi sesi latihan ke Olimpik minggu lalu.

Julio Olarticoechea, yang sebelum ini menjaga pasukan bawah 20 tahun menggantikan Martino dan berharap untuk muncul pemain kedua daripada pasukan Argentina memenangi Piala Dunia 1986 mengemudi pasukan negara itu ke Olimpik selepas Sergio Batista pada temasya Beijing 2008.

Pingat emas di Beijing yang turut diperkuatkan Lionel Messi, bagi mengekalkan mahkota yang dimenangi Argentina empat tahun sebelumnya di Athens pada 2004 tetapi negara itu gagal layak pada temasya London 2012. – Agensi