Bintang Bayern rehat

Bintang Bayern rehat

BERLIN, 1 Mei (AFP) – Bayern Munich dijangka menyenaraikan barisan lemah untuk perlawanan di Bayer Leverkusen Sabtu ini dengan juara Bundesliga yang baru dinobatkan itu sibuk membuat persediaan untuk separuh akhir Liga Juara-Juara di Barcelona.

Pep Guardiola bimbangan dengan penjaring utamanya Robert Lewandowski, yang menyumbat 23 gol musim ini dan Arjen Robben 19 gol, cedera manakala Leverkusen pula belum pernah kalah dalam sembilan perlawanan terakhir liga mereka.

Lewandowski retak tulang pipi dan mengalami gegaran dalam kekalahan separuh akhir Piala Jerman kepada Borussia Dortmund Selasa lalu manakala musim Robben sudah berakhir selepas kembali untuk 16 minit sebelum otot betis kirinya terkoyak.

Guardiola sudah hilang pemain sayap Franck Ribery dan bek kiri David Alaba dan akan merehatkan kebanyakan bintang menjelang pulangan pertama ke stadium Camp Nou Barcelona sejak memenangi 14 kejuaraan dalam empat tahun sebagai jurulatih kelab gergasi Sepanyol.

Setelah menurunkan midfield berusia 18 tahun, Gianluca Gaudino ketika menang 1-0 di tempat sendiri menentang Hertha Berlin Sabtu lalu dan memberikan pemain U-19 Jerman, Sinan Kurt penampilan pertama dari bangku simpanan, Guardiola sekali lagi bersedia untuk memberikan peluang kepada pemain remaja.

Arjen Robben cedera semasa beraksi untuk Piala Jerman menentang Dortmund di Munich pada 28 April lalu. – AFP
Arjen Robben cedera semasa beraksi untuk Piala Jerman menentang Dortmund di Munich pada 28 April lalu. – AFP

Leverkusen bersaing dengan Borussia Moenchengladbach untuk tempat ketiga dalam Bundesliga, yang akan memberi tempat automatik untuk Liga Juara-Juara.

Setelah berjaya mencecah final Piala Jerman pada pertengahan minggu lalu selepas tewas lima penampilan separuh akhir, tempat kedua Wolfsburg melayan Hanover 96 yang diancam penyingkiran di mana jurulatih Michael Frontzeck menandatangani kontrak lima perlawanan untuk memburu kemenangan pertama dalam 14 perlawanan.

Borussia Dortmund, lawan Wolfsburg pada final Piala Jerman di Berlin pada 30 Mei, berada di Hoffenheim dalam pertempuran utama untuk merebut tempat Eropah dengan hanya satu mata memisahkan kedua-dua pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA