Bintang bola sepak Afrika meninggal dunia

Bintang bola sepak Afrika meninggal dunia

ABUJA, Nigeria, 8 Jun – Salah seorang tokoh bola sepak terkenal Afrika, bekas pemain dan pengendali Nigeria, Stephen Keshi meninggal dunia akibat serangan jantung semalam.

Keshi, 54, membimbing skuad Super Eagles menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2013, dan setahun kemudian membawa negara itu ke kelompok 16 terakhir Piala Dunia di Brazil.

Hanya dia dan Mahmoud El-Gohary dari Mesir memenangi Piala Negara-Negara Afrika sebagai pemain dan pengendali.

Adik Keshi, Emmanuel Ado berkata, abangnya yang digelar “Bos Besar” oleh peminat dan pemain kerana kepimpinannya, meninggal di Benin City di selatan Nigeria.

Stephen Keshi disahkan meninggal dunia yang dipercayai disebabkan oleh serangan jantung. – AFP
Stephen Keshi disahkan meninggal dunia yang dipercayai disebabkan oleh serangan jantung. – AFP

Sejak kematian isterinya, Kate pada 9 Disember tahun lalu, Keshi berada dalam kemurungan dan kembali dari kediamannya di Amerika Syarikat untuk menziarahi pusara isterinya.

“Dia bercadang untuk pulang ke Amerika hari ini, Rabu, sebelum terkena serangan jantung,” kata Ado. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA