Bintang England boleh tumpaskan Monaco

Bintang England boleh tumpaskan Monaco

LONDON, 13 Sept – Harry Kane berasa yakin bintang-bintang Tottenham dari pasukan England akan memastikan Wembley menjadi tempat kejayaan kedua dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-juara mereka menentang Monaco Khamis ini.

Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu kembali ke Liga Juara-juara buat pertama kali dalam tempoh lima tahun dalam persekitaran yang tidak dikenali selepas memutuskan untuk mengadakan perlawanan-perlawanan Eropah mereka di Wembley berbanding White Hart Lane.

Prospek terhadap penonton yang lebih ramai di stadium kebangsaan Inggeris meyakinkan Tottenham untuk membuat pergerakan kecil di seluruh utara London dan orang ramai dijangka untuk mencatatkan rekod baru bagi kehadiran terbesar bagi perlawanan Liga Juara-juara di tempat sendiri di Britain.

Peminat-peminat pesaing Tottenham, Arsenal boleh menjelaskan terhadap pergelutan peruntukan Wembley ketika mereka memenangi hanya dua dari enam perlawanan di Eropah apabila secara sementara beraksi di sana lewat 1990an.

Harry Kane ketika membuat latihan bersama rakan sepasukannya. – AFP
Harry Kane ketika membuat latihan bersama rakan sepasukannya. – AFP

Tetapi pemain penyerang Tottenham, Kane percaya teras kekuatan Inggeris yang melibatkan pemain antarabangsa, Kyle Walkers, Danny Rose, Eric Dier, Dele Alli dan dia sendiri, boleh membantu mereka menyesuaikan di tempat di mana mereka beraksi bagi negara mereka.

“Jika terdapat 85-90,000 peminat Tottenham di sana, ia hanya akan menjadikan anda bermain dengan lebih baik,” kata Kane.

“Ramai dalam kalangan kami juga beraksi di sana, jadi ia dirasakan seperti di tempat sendiri. Semua orang tahu bagaimana ikoniknya Wembley, tetapi ia adalah apa yang kami ada.

“Monaco akan datang ke sini dan ia adalah perlawanan besar bagi mereka. Kami perlu memastikan kami bersedia.” – AFP