Bintang Eropah percepat evolusi MLS

Bintang Eropah percepat evolusi MLS

WASHINGTON, 4 Ogos (AFP) – Pengurus Chelsea Jose Mourinho melihat kemasukan bintang–bintang kelab Eropah ke Major League Soccer sebagai kunci utama evolusi global liga Amerika Utara.

Dari legenda Liverpool Steven Gerrard pergi ke Los Angeles Galaxy sehingga rakan senegara dan ikon Chelsea, Frank Lampard bersama New York City dan rakan sepasukan lama di Stamford Bridge, Didier Drogba ke Montreal, MLS membawa masuk nama–nama besar sehingga peminat yang bertambah mahu menyaksikan pemain berbakat.

“Evolusi adalah jelas. Anda mendapatkan pemain bintang seperti Drogba, Gerrard dan Frank Lampard,” kata Mourinho. “Saya boleh melihat perbezaan. Saya boleh merasakan perbezaan.”

Ditambah bintang Itali Andrea Pirlo dan pemain dari Sepanyol, David Villa bersama New York City dan Kaka dari Brazil bersama Orlando dan MLS sudah melangkaui hari-hari hanya dengan David Beckham dalam Galaxy yang mula meningkatkan minat.

“Sukan kami bukanlah raja di sini,” kata Mourinho ketika jelajah Chelsea ke AS baru–baru ini. “Membawa pasukan terbaik kami dan pemain memberikan tekanan untuk membangun.”

Andrea Pirlo dikelilingi pemain remaja semasa melawat kem bola sepak di New York 23 Julai lalu. Kehadiran bintang-bintang Eropah merupakan kunci utama kepada evolusi global liga Amerika Utara. – Reuters
Andrea Pirlo dikelilingi pemain remaja semasa melawat kem bola sepak di New York 23 Julai lalu. Kehadiran bintang-bintang Eropah merupakan kunci utama kepada evolusi global liga Amerika Utara. – Reuters

Perancang dari Portugal itu menyaksikan jelajah AS pra musim pasukan terbaik Eropah sebagai sebahagian daripada pembangunan evolusi MLS dan juga kumpulan peminat baru kelab–kelab luar negara.

“Untuk meninggalkan imej yang bagus bagi kelab kami adalah perkara penting untuk menyumbang kepada tenaga sukan kami di AS,” kata Mourinho. “Evolusi seterusnya adalah untuk membawa mereka yang sedikit muda beberapa tahun, dengan lebih banyak untuk diberikan kepada MLS.”

Toronto mungkin memulakan pergerakan itu setelah melepaskan Jermain Defoe kembali ke Eropah dan membawa masuk pemain antarabangsa Itali Sebastian Giovinco atau ‘Atomic Ant’ yang menghabiskan masanya di Juventus dengan pinjaman ke kelab lain.

Dan bintang Mexico, 26, Giovanni Dos Santos membaharui keterujaan kepada Galaxy selepas ketibaan Gerrard.

ARTIKEL YANG SAMA