Bintang hari pertama Wimbledon

Bintang hari pertama Wimbledon

LONDON, 29 Jun (AFP) – Novak Djokovic, Serena Williams dan Maria Sharapova menjadi tumpuan ketika Wimbledon bermula hari ini sementara Lleyton Hewitt berharap ucapan selamat tinggalnya sempurna dalam kemunculan ke-17 dan terakhirnya di All England Club.

Pemain nombor satu dunia, pilihan utama dan juara bertahan Djokovic beraksi dalam pertandingan pertamanya sejak Stan Wawrinka menamatkan usaha terbarunya untuk memenangi Terbuka Perancis dan melengkapkan kerjaya Grand Slam di Paris tiga minggu lalu.

Pemain dari Serbia itu, yang juga juara Wimbledon 2011, tidak pernah tewas dalam pusingan pertama pertandingan itu tetapi menghadapi aksi pembukaan yang sukar menentang pemain nombor 33 dunia, Philipp Kohlscreiber yang mara ke suku akhir 2012.

Djokovic mencatatkan kelebihan 6-1 ke atas pemain dari Jerman berusia 31 tahun itu.

Satu–satunya kejayaan Kohlscreiber menentang Djokovic adalah pada Terbuka Perancis 2009 dan pemain dari Serbia itu memenangi lima pertandingan lalu, termasuk kejayaan straight set dalam pusingan keempat Terbuka AS tahun lepas.

Tetapi juara itu sedar dengan kesulitan ketika dia memulakan pertandingan di Centre Court pada 1200 GMT.

“Apabila anda bertemu Kohlscreiber pada pusingan pertama, anda tidak akan melihat lebih jauh lagi dalam persaingan,” kata pemenang lapan kali itu.

Kemenangan bagi pemain Serbia itu akan memberikannya persaingan pusingan kedua menentang juara 2002, Hewitt yang juga pemain terakhir di luar empat pemain teratas – Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal dan Andy Murray untuk memenangi gelaran Wimbledon.

Hewitt, 34, akan beraksi di All England Club kali terakhir sebelum bersara selepas Terbuka Australia tahun depan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu yang membuat kemunculan semula di All England Club pada 1998, memulakan persaingan menentang Jarrko Nieminen, 33, dari Finland, finalis suku akhir sembilan tahun lalu.

Pilihan utama wanita, Serena William, juara lima kali dan berusaha melengkapkan kalendar Grand Slam, mendapat persaingan Wimbledon ke-16 bermula di Court One menentang Magarita Gasprayan dari Rusia yang juga pemain 113 dunia.

ARTIKEL YANG SAMA