Bintang ‘Monday Mania’ Wimbledon

Bintang ‘Monday Mania’ Wimbledon

LONDON, 6 Julai (AFP) – Sembilan orang juara Grand Slam muncul untuk membintangi ‘Monday Mania’ Wimbledon hari ini dengan tempat–tempat ke suku akhir menjadi rebutan dan paling menarik dalam bab terbaru dalam tiga dekad ialah cerita panjang adik beradik Williams.

Pertembungan ke-26 di antara Serena dan Venus, masing-masing telah memenangi lima gelaran Wimbledon, adalah yang pertama di Kelab Seluruh England sejak final 2009.

Mereka akan mendominasi aksi lebih awal dalam Centre Court sebelum pemain seperti Novak Djokovic, Roger Federer dan Andy Murray menjadi fokus hari ini.

Serena memegang gelaran Terbuka AS, Australia dan Perancis dan rekodnya pada 2015 mencatatkan 35 kemenangan berbanding kalah sekali.

Gelaran Wimbledon keenam akan memberikan Serena kesemua empat kejuaraan utama dan tinggal hanya Terbuka AS untuk melengkapkan kalendar Grand Slam.

Serena Williams (kiri) dan kakaknya Venus semasa beraksi dalam acara perseorangan di Wimbledon semalam. – AFP
Serena Williams (kiri) dan kakaknya Venus semasa beraksi dalam acara perseorangan di Wimbledon semalam. – AFP

Pilihan keempat Maria Sharapova, juara 2004, menghadapi Zarina Diyas dari Kazakhstan untuk merebut tempat ke suku akhir. Pemain dari Rusia itu memenangi Wimbledon 2004 tetapi sejak itu hanya mampu mara ke pusingan keempat sekali sejak 2006.

Pilihan kelima dari Denmark Caroline Wozniacki menghadapi pilihan ke-20

Garbine Muguruza dari Sepanyol sementara pilihan keenam Lucie Safarova, tempat kedua Terbuka Perancis akan bertemu pemain nombor 47 dunia Coco Vandeweghe dari AS.

Bekas pemain nombor satu dunia Jelena Jankovic, yang mengetepikan juara bertahan Petra Kvitova Sabtu lalu, akan menentang naib juara 2012 Agnieszka Radwanska. Juara Terbuka Australia 2012 dan 2013 Victoria Azarenka, mara ke separuh akhir Wimbledon sebanyak dua kali tetapi pilihan ke-24 dari Belarus itu akan menghadapi laluan sukar menentang Belinda Bencic.

Rakan senegara Bencic dari Switzerland, Times Bacsinszky mara ke separuh akhir Grand Slam pertamanya di Terbuka Perancis bulan lalu dan pilihan ke-15 adalah pilihan untuk menewaskan pemain nombor 48 dunia, Monica Niculescu dari Romania.

ARTIKEL YANG SAMA