Bintang perisian Google dijangka perkenal telefon pintar

Bintang perisian Google dijangka perkenal telefon pintar

SAN FRANCISCO, 2 Okt – Acara berprofil tinggi Google pada Selasa dijangka akan menunjukkan penekanan baru ke atas perkakasan yang mencabar pesaingnya, Apple dan Amazon serta melancarkan strategi baru ke atas pasaran besar online syarikat itu.

Sementara syarikat itu tidak ada menawarkan previu rasmi, ia dijangka akan mendedahkan sebarisan baru telefon pintar jenama Google, tablet dan pembantu maya bagi kediaman.

Para penganalisis menjangka orang berpengaruh Internet akan menjelaskan mengenai visi yang dibentangkan oleh ketua Sundar Pichai semasa sidang pemajunya awal tahun ini.

Strategi itu akan berusaha membawa keupayaan Google dalam perisian dan menggabungkannya bersama perantinya, ketika ketua telefon pintar Samsung, Apple dan Amazon semuanya bekerja keras untuk mempertahankan para pelanggannya.

“Mereka menggelarnya sebagai acara telefon pintar,” kata penganalisis Gartner, Brian Blau. “Ia adalah satu peluang bagi Google untuk menunjukkan peranti terbarunya.”

Pengesan industri menjangkakan Google akan menunjukkan telefon pintarnya sendiri, mempamerkan kehandalan versi baru Nougat dalam perisian telefon pintar Androidnya. Google mungkin menandakan telefon pintarnya baru dengan jenama ‘Pixel’ daripada sebaliknya nama ‘Nexus’ yang ia gunakan pada masa lalu bagi telefon pintar Android yang ia reka dengan kolaborasi bersama rakannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA