Bintang Spurs didakwa tumbuk pemain West Brom

Bintang Spurs didakwa tumbuk pemain West Brom

LONDON, 27 April – Persatuan Bola Sepak (FA) England mendakwa pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli dengan tindakan ganas selepas didapati menumbuk pemain lawan.

Insiden ketika seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan West Bromwich Albion pada Isnin lalu, tidak dilihat oleh pengadil, menyebabkan FA perlu mengambil tindakan.

Pada minit ke-26 di White Hart Lane, Alli tampak melepaskan tumbukan ke perut Claudio Yacob. Ia hadir sehari selepas dia dinamakan sebagai pemain muda tahunan oleh Persatuan Pemain Profesional.

Alli mempunyai masa sehingga malam ini untuk membalas dakwaan berkenaan yang boleh menyebabkan dia digantung daripada baki tiga perlawanan dimiliki Tottenham. Spurs kini di tangga kedua saingan EPL, tujuh mata di belakang Leicester. – AP

Pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli (atas) terjatuh selepas berdepan cabaran pemain West Brom, James BcClean semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, London, Monday, 25 April lalu. – AP