Bintang tenis Australia buat masalah

Bintang tenis Australia buat masalah

SYDNEY, 17 Julai – Bernard Tomic seharusnya beraksi dalam pertandingan Piala Davis mewakili Australia hari ini.

Sebaliknya, berita muncul bahawa Tomic, 22, digantung dari pertandingan itu kerana ulasan kritikalnya terhadap Tenis Australia dan pengarah persembahan Pat Rafter, ditahan di Miami Beach, Florida awal minggu ini.

Tomic, yang bersedia untuk beraksi dalam pertandingan suku akhir Piala Davis menentang Kazakhstan sebelum permusuhannya bersama Rafter, didakwa dihubungi sebanyak tiga kali kerana muzik yang bising selepas aduan dari tetamu lain di hotel Miami Beach.

Laporan polis Miami menyatakan bahawa dia “menuding jarinya secara agresif ke atas pegawai keselamatan hotel dan terus memainkan muzik yang bising,” mencetuskan mereka untuk menghubungi polis.

Tomic didakwa menentang penahanan dan pencerobohan selepas enggan untuk meninggalkan biliknya. Media Australia memetik pegawai polis lain sebagai berkata Tomic akan menghadapi hukuman penjara.

Tomic memberitahu stesen radio Sydney hari ini bahawa dia tidak mendengarkan ketukan awal di pintu, dan memohon maaf bagi insiden itu. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA