Bintudoh Greenspring destinasi ekopelancongan

Bintudoh Greenspring destinasi ekopelancongan

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 10 Mei – Bermula daripada sebuah kebun buah-buahan dan sayur-sayuran, kini Bintudoh Greenspring Resort dikenali sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang bukan sahaja mengetengahkan keindahan flora dan fauna setempat tetapi juga kehidupan masyarakat kampung.

Salah satu usaha untuk memperkenalkan lagi khazanah masyarakat setempat adalah menerusi Program Balik Kampung, yang mana ia merupakan program yang memberikan peluang kepada para peserta untuk menikmati kehidupan dalam suasana kampung tradisi dengan diisikan kegiatan-kegiatan kebudayaan di mana ia disasarkan bagi pelancong-pelancong luar negara.

Menurut Pengurus Bintudoh Greenspring Resort, Awang Newas bin Ukoi, melalui usaha itu, selain dapat memperkenalkan budaya masyarakat Brunei kepada pelancongan luar negara, ia juga boleh memperkenalkan Brunei sebagai salah satu destinasi ekopelancongan di luar negara.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Bintudoh Greenspring Resort, Kampung Lamunin, Tutong, yang disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar dan Haji Idris bin Haji Mohd Ali, pemangku pegawai Daerah Tutong, pemangku pengarah pelancongan, pegawai-pegawai kanan, penghulu mukim, ketua kampung dan penduduk kampung.

pg08_150511_a

Yang Berhormat Pehin menyempurnakan perasmian kawasan peranginan berkenaan.
Yang Berhormat Pehin menyempurnakan perasmian kawasan peranginan berkenaan.
Awang Newas menyampaikan kata alu-aluannya di majlis berkenaan.
Awang Newas menyampaikan kata alu-aluannya di majlis berkenaan.
Gambar ramai sebagai kenang-kenangan sempena perasmian kawasan peranginan Bintudoh Greenspring, di Tutong, kelmarin.
Gambar ramai sebagai kenang-kenangan sempena perasmian kawasan peranginan Bintudoh Greenspring, di Tutong, kelmarin.

Menurut Awang Newas lagi, Bintudoh Greenspring Resort merupakan salah satu industri perkhidmatan pelancongan yang memberikan manfaat kepada masyarakat kampung serta boleh meningkatkan perpaduan dan sosioekonomi melalui hubungan kerjasama majlis perundingan mukim dan kampung serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Pada majlis perasmian itu, Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan sijil kepada wakil belia dan beliawanis Bintudoh Greenspring Resort.

Yang Berhormat Pehin dan para jemputan kemudian menyaksikan persembahan Budaya Gong 3 iaitu daripada masyarakat Dusun, Kedayan dan Tutong, persembahan tarian dan lagu-lagu budaya, jualan bazar, pameran 1K1P dan aktiviti-aktiviti masyarakat serta penanaman pohon buah-buahan.

Bintudoh Greenspring Resort berkonsepkan alam semula jadi dan kampung eko yang berpotensi untuk dikembang majukan sebagai produk destinasi pelancongan.

pg08_150511_c

Penduduk kampung dan keluarga tidak melepaskan peluang beriadah semasa majlis itu diadakan.
Penduduk kampung dan keluarga tidak melepaskan peluang beriadah semasa majlis itu diadakan.

pg08_150511_h

pg08_150511_f

Dengan adanya kawasan peranginan ini, ia dapat menepati visi Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lamunin untuk memperkenalkan Kampung Lamunin sebagai tempat destinasi taman riadah yang berkonsep agro-pelancongan.

Kawasan peranginan berkenaan dikenali oleh orang ramai dan sehingga hari ini, telah melaksanakan lebih 50 program termasuk acara yang melibatkan jumlah pengunjung yang ramai seperti Pesta Durian (Pesta Buah-buahan) Lamunin 2014 dan Sambutan Adau Gayoh 2014.

Kawasan peranginan seluas 15 ekar itu diusahakan oleh Awang Newas dan dibantu oleh ahli-ahli keluarga beliau serta para belia tempatan sambil mengekalkan konsepnya “alam hijau.”

MPK Lamunin berharap projek ini akan menjadi produk pembangunan yang akan berkembang dari semasa ke semasa, dan akan dapat melibatkan jumlah penglibatan yang ramai khususnya daripada penduduk kampung sebagai lokasi yang boleh dimanfaatkan untuk kegiatan yang melibatkan jumlah yang berskala besar seperti acara-acara perayaan seperti Hari Raya, Adau Gayoh dan juga sebagai tempat yang sesuai bagi kegiatan untuk belia-belia kampung.

ARTIKEL YANG SAMA