Biro Wanita, Muslimah masjid sertai Khatam Al-Quran

Biro Wanita, Muslimah masjid sertai Khatam Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Seramai 18 orang ahli gabungan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Manggis dan Muslimah masjid telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang petang tadi.

Turut menyertai majlis khatam itu ialah isteri penghulu Mukim Berakas B, Hajah Hasnah binti Haji Ahmad, isteri Ketua Kampung Madang, Hajah Aminah binti Haji Suhaili dan isteri Ketua Kampung Manggis, Hajah Sahirah binti Haji Zulkifli.

Ketua Biro Wanita, MPK Manggis, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat dalam ucapannya selaku pengerusi majlis menyatakan bahawa majlis khatam ini telah diungkayahkan oleh Biro Wanita MPK Manggis dan ahli Muslimah masjid bagi menjelang bulan Ramadan ini.

Majlis Khatam ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para peserta di samping meraikan bacaan khatam mereka bersama-sama.

Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam semasa ucapan alu-aluannya.
Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam semasa ucapan alu-aluannya.

ARTIKEL YANG SAMA