Bishop: China...

Bishop: China boleh bantu pujuk Korea U

TOKYO, 20 April – Menteri Luar Negeri Australia, Julie Bishop menggesa China hari ini untuk bekerja keras dalam membantu usaha antarabangsa bagi menekan dan memujuk Korea Utara agar menghentikan ancaman peluru berpandu dan nuklear yang semakin giat dilakukannya.

Bishop berkata China mempunyai ‘peranan tertentu yang unik dalam menekan Korea Utara untuk menghentikan tindakan tidak sahnya. Australia merancang untuk bekerjasama rapat dengan Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat serta China, “untuk memastikan China akan menggunakan kedudukan uniknya itu.” Beliau telah membuat ucapan itu kepada sekumpulan wartawan di Tokyo, di mana beliau menyertai rundingan menteri-menteri pertahanan dan luar negeri antara Australia dan Jepun untuk membincangkan kerjasama pertahanan mendalam sewaktu ancaman Korea Utara semakin bertambah.

Sementara menyokong peralihan kerajaan AS kepada pendirian lebih teguh, Bishop berkata usaha selanjutnya bagi dialog dan sekatan ekonomi adalah perlu.

“China adalah sumber tenaga, idea, inovasi dan kepakaran,” katanya, memetik 95 daripada pelaburan langsung di Korea Utara adalah datangnya dari China dan eksport Korea Utara terutama ke China.

“Adanya peranan lebih besar yang China boleh lakukan dalam membantu masyarakat serantau dan global dalam membawa Korea Utara ke haluannya yang ia boleh menghentikan program nuklear dan peluru berpandu yang jelasnya direka untuk menyerang Amerika Syarikat.” – AP

Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne (kiri); Julie Bishop (dua, kiri); Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida (dua, kanan); dan Menteri Pertahanan, Tomomi Inada semasa rundingan di Tokyo pada 20 April. – AP
Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne (kiri); Julie Bishop (dua, kiri); Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida (dua, kanan); dan Menteri Pertahanan, Tomomi Inada semasa rundingan di Tokyo pada 20 April. – AP

ARTIKEL YANG SAMA