Bisnes konsep...

Bisnes konsep trak makanan raih rezeki lumayan

KOTA BHARU, 16 Feb – Bernama Penjual sate, Wan Mohd Hasrul Wan Ahmad mampu meraih rezeki lumayan melebihi RM1,000 sehari selepas menceburi perniagaan berkonsepkan trak makanan (Food Truck) di Dataran Rehal di sini.

Keuntungan berlipat ganda selain mudah beralih ke lokasi lebih strategik mendorong anak muda berusia 29 tahun itu antara 10 usahawan menyertai program ‘Food Truck’ Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Memulakan perniagaan Ahad lepas dengan jualan sate sebanyak 1,000 cucuk, perniagaan berkonsep trak makanan mula mendapat penerimaan masyarakat sekitar dan ini terbukti apabila jualannya mencecah 3,000 cucuk, dua hari selepas itu.

“Saya amat gembira dan teruja dengan sambutan orang ramai yang memberangsangkan ini. Pelanggan mula beratur seawal 5.30 petang sebelum trak makanan dibuka, dan jualan habis seawal pukul 8 malam.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Md Alwi Che Ahmad (kanan) melawat satu daripada lapan usahawan trak makanan (Food Truck) KADA yang berniaga di Dataran Rehal kelmarin.
Food Truck di lokasi itu beroperasi setiap hari bermula 6 petang hingga 12 tengah malam sejak 12 Februari lalu.
– Bernama
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Md Alwi Che Ahmad (kanan) melawat satu daripada lapan usahawan trak makanan (Food Truck) KADA yang berniaga di Dataran Rehal kelmarin.
Food Truck di lokasi itu beroperasi setiap hari bermula 6 petang hingga 12 tengah malam sejak 12 Februari lalu.
– Bernama

“Semalam, saya menambah jualan sate kepada 3,000 cucuk bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin bertambah,” katanya kepada Bernama di sini. Wan Hasrul, yang menjual pelbagai jenis sate termasuk sate kambing, sate ayam dan sate daging lembu tempatan dan import, telah menjual satenya dengan kuah kacang istimewa yang dihasilkan menggunakan resepi daripada neneknya.

Katanya, kemudahan perniagaan berkonsep jualan di jalanan itu telah menjadi platform bagi mempromosikan satenya kepada penduduk di sekitar Kota Bharu, sekali gus menarik pelanggan ke restorannya di Machang.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak KADA kerana telah menjadikan saya sebagai salah seorang penerima trak makanan. Ia satu dorongan yang besar buat saya untuk mengembangkan lagi perniagaan keluarga ini,” katanya – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA