BISTARI anjur Sambutan Maulidur Rasul

BISTARI anjur Sambutan Maulidur Rasul

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Bersempena dengan Maulidur Rasul 1437H, Badan Kebajikan Isteri-isteri Pegawai Kanan dan Pegawai Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI) telah mengadakan majlis sambutan yang berlangsung di Hotel Orchid Garden, petang tadi.

Hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua BISTARI, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman dan juga Timbalan Yang DiPertua BISTARI, Datin Hajah Fatimah binti Haji Abdul Rahim.

Turut hadir ialah Pengerusi Tetap BISTARI, Datin Hajah Khadijah binti Haji Akhbar dan badan-badan serta para ahli BISTARI yang lain.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah $1,000 kepada wakil Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), Dayang Zubaidah binti Dato Abu Bakar yang telah disampaikan oleh Datin Hajah Asmah dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Datin Hajah Asmah ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil MKM.
Datin Hajah Asmah ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil MKM.
Dayang Siti Noraziah ketika menyampaikan ceramah.
Dayang Siti Noraziah ketika menyampaikan ceramah.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul 1437H turut disemarakkan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Dayang Siti Noraziah binti Haji Asli dengan tajuk beliau mengikut tema sambutan tahun ini iaitu ‘Mencintai Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.’

Beliau dalam ceramahnya turut menyentuh mengenai perkara-perkara Sunnah Rasulullah dalam mencapai rumah tangga yang harmoni.

Kemudian, majlis sambutan berkenaan disemarakkan lagi dengan Dikir As-Raqal.

ARTIKEL YANG SAMA