BISTARI prihatin nasib anak yatim

BISTARI prihatin nasib anak yatim

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 19 Okt – Nasib dan kebajikan anak-anak yatim terus diberi perhatian, di mana atas dasar pemedulian dalam membantu mereka, Badan Kebajikan Isteri-isteri Pegawai dan Pegawai Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI) menyerahkan sumbangan derma bagi Tabung Anak-anak Yatim Daerah Tutong dan Persatuan KACA.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di rumah kediaman isteri Yang Berhormat Dato Paduka Haji Abdullah bin Haji Mohd Ja’afar, Datin Hajah Naemah binti Haji Razali, Tutong, baru-baru ini.

Sumbangan BISTARI yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua BISTARI, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman telah diterima oleh isteri Penolong Pegawai Daerah Tutong, Dayang Rusmah binti Haji Muksin dan Penolong Kanak-Kanak Cacat Terlatih, Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Cawangan Daerah Tutong, Hajah Siti Arbi binti Ahmad.

Datin Hajah Asmah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Dayang Rusmah.
Datin Hajah Asmah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Dayang Rusmah.
Ahli-ahli BISTARI bergambar ramai pada majlis berkenaan.
Ahli-ahli BISTARI bergambar ramai pada majlis berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Koperasi BISTARI, Datin Hajah Masnah binti Haji Tuah serta ahli-ahli yang lain.

BISTARI ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh penubuhannya, ia telah banyak menjalankan kegiatan amal dan kebajikan terutama bagi membantu ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim.