BISTARI tinjau peluang ekonomi

BISTARI tinjau peluang ekonomi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Rombongan Badan Kebajikan Isteri-isteri Pegawai Kanan (BISTARI) diketuai Yang Dipertuanya, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan ke Taman Rekreasi Herba Kampung Putat di Mukim Lumapas.

Lawatan yang antaranya lainnya bertujuan meninjau peluang untuk memperluaskan ekonomi penduduk tempatan yang boleh diketengahkan sekali gus membantu penduduk kampung menjana kehidupan lebih baik.

Rombongan tersebut dialu-alukan oleh Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Haji Jumaat bin Akim dan isteri serta jawatankuasa majlis perundingan kampung (MPK) dan penduduk kampung.

Rombongan yang terdiri daripada 20 ahli kemudiannya diberikan taklimat berkaitan MPK dan pengenalan Taman Rekreasi Herba disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Jumat yang turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada dua orang penerima iaitu seorang warga emas dan ibu tunggal dari kampung itu oleh Datin Hajah Asmah. Ahli-ahli rombongan seterusnya dibawa menyaksikan demonstrasi membuat kuih baulu dan tumpi sebelum meninjau jualan-jualan yang dipamerkan penduduk kampung di perkarangan taman herba.

Penyerahan sumbangan kepada penerima di kampung berkenaan.
Penyerahan sumbangan kepada penerima di kampung berkenaan.
Gambar ramai rombongan BISTARI semasa lawatan ke Taman Rekreasi Herba Kampung Putat.
Gambar ramai rombongan BISTARI semasa lawatan ke Taman Rekreasi Herba Kampung Putat.

Datin Hajah Asmah semasa ditemu bual menyatakan lawatan adalah sebahagian daripada program kebajikan dan kemasyarakatan BISTARI serta acara susulan penyampaian sumbangan di ketiga-tiga daerah lain sebelum ini yang merupakan agenda tahunan badan itu.

Menurutnya BISTARI juga meninjau peluang untuk mengembangkan ekonomi penduduk kampung dan untuk membantu semampu yang boleh dalam apa jua kesusahan terutama dalam kalangan wanita dan ibu tunggal.

Lawatan seperti ini akan diteruskan oleh BISTARI pada masa akan datang, tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA