Bitcoin cetus cabaran besar

Bitcoin cetus cabaran besar

WASHINGTON, 4 Jun (AFP) – Pengatur perbankan berpengaruh New York Benjamin Lawsky berkata semalam mata wang digital seperti Bitcoin mencetuskan satu cabaran besar, tetapi tidak harus disembunyikan.

Lawsky, pengawas bersara Jabatan Perkhidmatan Kewangan, berkata pengawas industri kewangan perlu menerima bahawa mata wang siber akan kekal, dan mungkin mempunyai “kesan mendalam” ke atas teknologi bayaran dan sistem kewangan pada dekad-dekad akan datang.

“Pengatur kewangan dan penggubal dasar perlu mengiktirafnya apabila ia membabitkan mata wang digital dan teknologi bayaran baru lain, jin sudahpun keluar daripada botol.”

“Kadar perubahan hanya akan meningkat pesat dalam tahun-tahun akan datang. Pengatur perlu bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.”

Lawsky, yang mengetuai salah satu pusat perbankan paling berpengaruh di dunia, Wall Street, telah bergegas untuk menubuhkan peraturan untuk syarikat yang berurusan dengan mata wang digital, berdasarkan bank terbabit dalam pemindahan wang.

Mata wang digital Bitcoin. – Reuters
Mata wang digital Bitcoin. – Reuters
Benjamin Lawsky. – Reuters
Benjamin Lawsky. – Reuters

Versi terakhir peraturan berkenaan dikeluarkan semalam. Di bawah versi sementara pada bulan lalu, DFS mengeluarkan lesen pertamanya untuk tukaran Bitcoin, kepada itBit Trust Co di New York City.

Bercakap kepada satu forum teknologi Meja Bulat Perkhidmatan Kewangan di Washington, Lawsky berkata beliau tidak tahu apa itu Bitcoin sebelum 2013.

“Pada mulanya, seluruh konsep nampak pelik bagi saya,” kata beliau.

Namun tidak lama kemudian, beliau menyedari kepentingannya dan keperluan untuk mengawalnya seperti bank, untuk melindungi pengguna dan memerangi penipuan.

ARTIKEL YANG SAMA