BK adakan kempen derma darah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Burger King (BK) Brunei di bawah Pengurusan Sinofood Express dengan kerjasama Pusat Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengambil inisiatif untuk mengelolakan kempen derma darah kali ke-6 di kawasan luar berhampiran Cawangan BK Rimba di Giant Hypermart.

Kempen selama empat jam bermula 10 pagi hingga 2 petang itu berjaya mengumpul sebanyak 72 pain darah untuk membantu menambah tabung darah Hospital RIPAS bagi pesakit yang memerlukannya.

Kempen derma darah tersebut akan diadakan secara suku tahunan sebagai program untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan menderma darah secara sukarela dan menyumbang kepada masyarakat.

Orang ramai secara sukarela menderma darah mereka untuk keperluan pesakit Hospital RIPAS.
Orang ramai menunggu giliran untuk menderma darah dikelolakan oleh Burger King Brunei bermula pagi kelmarin.