BK hargai pekerja

BK hargai pekerja

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Burger King (BK) Brunei telah memberikan penghargaan kepada kakitangannya yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Cabaran Upsize Coca Cola ke-2 dengan meraikan mereka pada majlis penyampaian hadiah istimewa yang diadakan kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BK Brunei, hari ini, cabaran yang diadakan oleh BK Brunei dengan kerjasama Coca Cola Brunei itu diharap dapat menjana suasana kerja yang lebih menarik dan mencabar serta pada masa yang sama menawarkan kepada para pengunjung lebih nilai dengan tawaran Upsize yang hanya berharga $0.50.

Menurut kenyataan itu lagi, cabaran upsize itu berlangsung sepanjang suku pertama 2016 di mana kakitangan terbaik bagi setiap cawangan menerima hadiah berupa wang tunai $200 manakala kakitangan yang berada di tempat kedua pula menerima hadiah wang tunai $50.

Hadiah-hadiah bagi para pemenang cabaran itu telah disampaikan oleh Pengurus Perkembangan Perniagaan Sinofood Express, Fang Bo Yuan.

Pihak pengurusan dan kakitangan Burger King Brunei bergambar ramai selepas penyampaian hadiah bagi Cabaran Upsize Coca Cola ke-2.
Pihak pengurusan dan kakitangan Burger King Brunei bergambar ramai selepas penyampaian hadiah bagi Cabaran Upsize Coca Cola ke-2.

Pengurus Jualan Serantau Coca Cola bagi Brunei dan Sabah, Rayan Law dipetik sebagai berkata, telah mengucapkan tahniah kepada para pemenang Cabaran Upsize Coca Cola di mana tambah beliau lagi, cabaran itu akan diteruskan pada suku tahun yang datang.

Beliau percaya melalui cabaran itu, ia akan memberikan motivasi dan menggalakkan mereka untuk terus berkhidmat dengan lebih baik di pasaran.

Sementara itu, Pengurus Operasi bagi BK Brunei, Awang Saifulizam Zamhor berkata, cabaran itu merupakan salah satu ganjaran yang dihadiahkan kepada ahli pasukan BK atas pencapaian dan khidmat cemerlang yang mereka berikan.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat yang berasaskan kepada pencapaian, mereka yang bekerja keras akan diberikan ganjaran dan berharap untuk mengajar warga belia tempatan untuk bersikap bertanggungjawab dalam suasana profesional.

ARTIKEL YANG SAMA