BKP Yayasan laksana ibadah korban

BKP Yayasan laksana ibadah korban

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Hari terakhir melaksanakan ibadah korban turut dimanfaatkan oleh Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKP Yayasan) yang mengorbankan sembilan ekor kerbau, seekor sapi dan tiga ekor kambing anjuran Bahagian Keagamaannya.

Pengagihan daging korban kepada wakil fakir miskin disempurnakan oleh Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan di Jalan Kumbang Pasang hari ini.

Majlis ibadah korban itu disertai 76 orang pegawai, guru-guru, kakitangan Yayasan dan ahli keluarga mereka.

Turut menerima agihan korban bagi golongan fakir miskin ialah ketua-ketua kampung terdiri daripada Ketua Kampung Bolkiah ‘A,’ Awang Shahminan bin Haji Matzin dan Ketua Kampung Bolkiah ‘B’, Awang Shamsuddin bin Haji Maidin.

Salah seorang ketua kampung mewakili penerimaan agihan daging korban Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk fakir miskin di kampung masing-masing daripada tetamu kehormat.
Salah seorang ketua kampung mewakili penerimaan agihan daging korban Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk fakir miskin di kampung masing-masing daripada tetamu kehormat.
Salah seorang penerima agihan daging korban mereka di majlis itu daripada Yang Berhormat Pehin.
Salah seorang penerima agihan daging korban mereka di majlis itu daripada Yang Berhormat Pehin.

Manakala Kampung Benutan diwakili Imam Masjid Kampung Benutan Awang Hairol Mazlan bin Abdul Razak; Kampung Bebuloh diwakili Imam Pusat Kegiatan Ugama, Awang Muhd Izzul Islam bin Abdullah dan Kampung Bukit diwakilil Imam Masjid Kampung Bukit, Haji Azley bin Haji Muhd Aliuddin.

Majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan dari Badan Kebajikan Pekerja Yayasan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) dan sumbangan Tabung Derma Khairat Pekerja (TADEKHA) Yayasan kepada DANA yang masing-masing berjumlah $500.

Sumbangan disampaikan Yang Di-Pertua BKP Yayasan dan Pengerusi Jawatankuasa Tabung Derma Khairat Pekerja Yayasan, Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu kepada Yang Berhormat Pehin selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail.

ARTIKEL YANG SAMA