BKSS pengedar eksklusif jenama Softiedry

BKSS pengedar eksklusif jenama Softiedry

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Koperasi Berkat Kerjakaras Semua Sanang (Koperasi BKSS), hari ini melancarkan produk lampin pakai buang jenama Softiedry bertempat di Bilik Eksekutif, Koperasi BKSS, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di ibu negara.

Presiden Koperasi BKSS, Haji Mohd Salleh bin Haji Mohiddin ketika berucap melancarkan produk itu berkata, sebuah syarikat dari Malaysia, iaitu Teledon Sdn Bhd telah melantik Koperasi BKSS, Kementerian Kesihatan Bhd menjadi pengedar eksklusif bagi Negara Brunei Darussalam untuk produk jenama Softiedry.

Menurut beliau, kepercayaan syarikat dari luar negara melantik Koperasi BKSS sebagai pengedar eksklusif tidak harus disia-siakan dan BKSS perlu proaktif untuk mempromosikan dan memberigakan produk tersebut.

“Koperasi BKSS harus melakukannya secara agresif dan konsisten kerana kalau tidak dibuat dan mampu menjual produk berkenaan dalam masa enam bulan, sudah setentunya hak eksklusif sebagai pengedar produk berkenaan akan diambil balik,” tegas beliau.

Tetamu kehormat dan ahli koperasi ketika merasmikan pelancaran produk koperasi BKSS.
Tetamu kehormat dan ahli koperasi ketika merasmikan pelancaran produk koperasi BKSS.

Beliau juga menyentuh mengenai dengan harga produk berkenaan, yang menurutnya amat mampu milik bagi semua peringkat, dan kualitinya pula adalah terbaik.

Ujar beliau lagi, usaha mempelbagaikan produk ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan Koperasi BKSS, Kementerian Kesihatan Bhd kekal maju, berdaya saing, berdaya tahan dan Insya-Allah akan dapat memberikan yang terbaik, murah dan berkualiti kepada orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA