Black Cats cabaran sulung Arsenal

Black Cats cabaran sulung Arsenal

LONDON, 8 Dis – Penyandang Piala FA, Arsenal akan memulakan usaha untuk mempertahankan trofi itu dengan pertembungan pusingan ketiga menentang Sunderland, bulan depan.

Skuad Arsene Wenger menewaskan Sunderland 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu dan hanya 48 jam kemudian diundi bertemu Black Cats untuk aksi pusingan ketiga.

The Gunners, yang mengetepikan Aston Villa di pentas final edisi lalu, akan menerima kunjungan lawannya di Stadium Emirates dalam laluan ke Wembley bagi mengekalkan trofi itu buat tahun ketiga berturut-turut.

Dalam undian berkenaan, pengurus baharu Liverpool Jurgen Klopp akan berkunjung ke Exeter pada penampilan pertama pasukan divisyen keempat dalam pertandingan itu, selepas menggantikan Brendan Rodgers.

Aaron Ramsey (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana, Sab-tu lalu. - Reuters
Aaron Ramsey (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana, Sab-tu lalu. – Reuters

Manchester United, yang kali terakhir merangkul gelaran Piala FA pada 2004, akan membuat perhitungan dengan pasukan Kejuaraan, Sheffield United di Old Trafford.

Manakala, pasukan yang bergelut dengan masalah prestasi Chelsea akan menjadi tuan rumah kepada pemenang perlawanan ulangan pusingan kedua Leyton Orient atau Scunthorpe.

Terdapat juga undian membabitkan pertembungan di antara pasukan EPL, dengan pendahulu Leicester berkunjung ke Tottenham.

Manchester City berdepan Norwich, Southampton melayani Crystal Palace dan Watford menjadi tuan rumah kepada Newcastle. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA