Black Friday tarik lebih ramai pembeli

Black Friday tarik lebih ramai pembeli

WASHINGTON, 28 Nov – Satu pesta membeli-belah Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Black Friday menarik lebih ramai pembeli tahun ini dan berbelanja lebih jimat bagi setiap seorang disebabkan tawaran yang hebat, kata kumpulan industri semalam.

Lebih daripada 154 juta orang membuat pembelian ketika ekstravaganza runcit selama empat hari yang bermula pada Khamis pada Hari Kesyukuran, berbanding dengan 151 juta pada tahun lalu, kata Persekutuan Runcit Nasional. Pembeli-belah menghabiskan kira-kira AS$289.19 berbanding dengan AS$299.60 pada 2015.

Jualan pada cuti Hari Kesyukuran, yang berlanjutan sehingga Siber Isnin, merupakan petanda baik keadaan perbelanjaan pengguna AS. Jualan Internet menguasai. Sejumlah 44 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam tinjauan NRF berkata mereka telah membeli menerusi dalam talian sementara 40 peratus mengunjungi kedai bata dan mortar.

“Ia adalah hujung minggu yang kukuh untuk peruncit, namun hujung minggu yang lebih baik untuk pengguna, yang mengambil kesempatan ke atas beberapa urus niaga yang sukar dipercayai,” kata presiden NRF Matthew Shay.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah pada promosi Black Friday di Amerika Syarikat. – AFP
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah pada promosi Black Friday di Amerika Syarikat. – AFP

Hari yang paling popular untuk membeli-belah di Internet adalah Black Friday sendiri, hari selepas cuti Kesyukuran. Daripada mereka yang membeli di Internet dalam tempoh empat hari, 74 peratus melakukannya pada Jumaat, meningkat 1.3 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada orang yang pergi ke kedai sebenar dalam tempoh membeli-belah ini, 75 peratus melakukannya pada Black Friday, meningkat 3.4 peratus berbanding tahun lalu, kata NRF. Golongan milenia, berusia 18 hingga 34 tahun, menjana pertambahan dalam membeli-belah, dengan lapan daripada sepuluh membeli sesuatu dalam tempoh hujung minggu yang panjang itu.

Kira-kira 56 peratus daripada pemilik telefon pintar dan 53 peratus daripada pemilik tablet menggunakan peranti berkenaan untuk membantu dengan membeli-belah mereka. Kajian yang dijalankan oleh Prosper Insights & Analytics dengan 4,330 sampel orang pada 25 hingga 26 November dan mempunyai margin kesilapan sebanyak 1.5 peratusan mata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA