BlackBerry guna perisian Android

BlackBerry guna perisian Android

TORONTO, 12 Jun (Reuters) – BlackBerry buat pertama kalinya bercadang melengkapi telefon pintar akan datang dengan perisian Android, Google Inc’s, satu pengakuan bahawa barisan perantinya yang diubahsuai telah gagal meraih tarikan ramai, menurut empat sumber yang mengetahui perkara ini.

Langkah itu adalah perubahan haluan bagi Waterloo, syarikat di Ontario, yang telah menjauhi Android dalam tindakan barisan telefon BlackBerry 10 akan dapat mencengkam kembali saham pasaran yang diatasi oleh iPhone Apple dan beberapa peranti yang dijana oleh Android.

Sumber-sumber itu yang tidak mahu didedahkan namanya kerana mereka tidak dibenarkan membincangkan perkara ini secara terbuka, berkata langkah untuk menggunakan Android adalah sebahagian strategi BlackBerry untuk menumpu pada pengurusan perisian dan peranti. BlackBerry yang pernah mendominasi jualan telefon pintar, kini mempunyai pasaran saham kurang 1 peratus.

Tidak jelas sama ada langkah untuk menggunakan Android akan menandakan pengakhiran barisan peranti BlackBerry10 syarikat berkenaan yang pada awalnya dilancarkan dengan gembar gembur dalam awal 2013.

Selepas kajian awal positif, peranti BlackBerry yang lambat dilancarkan belum cukup bersaing dengan Android atau Apple, terutamanya disebabkan ketiadaan nama besar aplikasi.

Ketua Eksekutif BlackBerry, John Chen. – Reuters
Ketua Eksekutif BlackBerry, John Chen. – Reuters

“Kami tidak mengulas tentang berita angin dan spekulasi, tetapi kami masih komited kepada sistem pengendalian BlackBerry10, yang memberi faedah keselamatan dan produktiviti yang tidak ada bandingannya,” kata syarikat itu dalam satu e-mel.

Seorang jurucakap Google pula enggan mengulas.

Ketua Eksekutif BlackBerry ,John Chen mengharapkan sistem pengurusan peranti baru syarikat itu, BES12, yang membolehkan pelanggan korporat dan kerajaan bukan saja mengurus peranti BlackBerry pada rangkaian dalam mereka, tetapi juga peranti yang berkuasa Android, asas iOS, Apple dan sistem pengendalian Windows Microsoft Corp.

ARTIKEL YANG SAMA