BlackBerry hentikan pengeluaran telefon pintar

BlackBerry hentikan pengeluaran telefon pintar

OTTAWA, 29 Sept – BlackBerry mengumumkan semalam ia akan menghentikan pengeluaran telefon pintar, menandakan berakhirnya era untuk firma teknologi Kanada itu.

Blackberry yang berpangkalan di Ontario berkata ia telah mencapai satu perjanjian untuk menawarkan kontrak pengeluaran telefonnya kepada rakan Indonesia, dan sebaliknya akan menumpu pada perisian dan perkhidmatan. Handset dengan nama Blackberry akan dikeluarkan di bawah lessen oleh PT Tiphone Mobile Indonesia Tbk, kata satu kenyataan oleh firma.

Blackberry, yang pada satu dekad lalu adalah antara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, telah melihat saham pasaran globalnya merosot kepada kurang satu peratus tatkala peranti Apple dan Android menguasai pasaran.

Apabila pasaran beralih, Blackberry telah berusaha untuk menumpu semula pada perisian, termasuk aplikasi keselamatan, dan pengumuman terbaru mengeluarkan syarikat daripada pasaran handset.

Gambar fail 5 Julai 2016 menunjukkan telefon pintar BlackBerry di Washington. BlackBerry mengumumkan akan menghentikan pengeluaran telefon pintarnya semalam. - AFP
Gambar fail 5 Julai 2016 menunjukkan telefon pintar BlackBerry di Washington. BlackBerry mengumumkan akan menghentikan pengeluaran telefon pintarnya semalam. – AFP

“Kami telah mencecah tahap perubahan dengan strategi kami. Asas kewangan kami adalah kukuh, dan asas kepada perisian semakin kukuh,” kata ketua eksekutif John Chen, merujuk kepada pertambahan pendapatan perisian sebanyak dua kali ganda pada tahun fiskal lalu.

The Waterloo, syarikat yang berpangkalan di Ontario telah mencatat beberapa usaha dalam beberapa tahun ini untuk mencari pelanggan baru apabila jualan handset telefon pintar masih lembap ketika menghadapi persaingan. – AFP