Blanc puji Cavani

Blanc puji Cavani

PARIS, 17 Feb – Jurulatih Paris Saint-Germain, Laurent Blanc memuji Edinson Cavani selepas pemain dari Uruguay itu memainkan peranan bagi memberikan kemenangan 2-1 pasukannya menentang Chelsea dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Cavani menggantikan Lucas pada minit ke-74 dalam perlawanan di stadium Parc des Princes, semalam dan empat minit kemudian menewaskan Thibaut Coutois dengan penyudah menarik hasil umpanan Angel Di Maria bagi memastikan juara Perancis itu membawa pendahuluan ke London bagi perlawanan kedua bulan depan.

Ia adalah gol keduanya bagi 2016 selepas kesukaran yang menyaksikan pemain itu ditandatangani dengan bayaran 64 juta euro (AS$71 juta) dari Napoli yang kehilangan tempatnya sebagai pemain utama.

“Siapa saja yang mendapatkan gol kedua, saya merasa gembira dan saya gembira bagi Edi. Dia pemain yang menjaringkan gol, kami tidak meragui bakat jaringannya dan kemudian dia bersemangat dan menunjukkan dia boleh menjaringkan gol bila-bila masa,” kata Blanc.

“Dia melalui masa yang sukar tetapi saya berharap fakta dia menjaringkan gol adalah bagus baginya dan bagus untuk pasukan.”

Cavani menjaringkan gol kemenangan PSG semasa menentang Chelsea di stadium Parc des Princess, Paris kelmarin. – AFP
Cavani menjaringkan gol kemenangan PSG semasa menentang Chelsea di stadium Parc des Princess, Paris kelmarin. – AFP

Chelsea dilihat seakan-akan pulang menyeberangi Selat Inggeris lebih gembira selepas jaringan pembukaan menerusi sepakan percuma Ibrahimovic dibatalkan dengan jaringan John Obi Mikel tepat akhir separuh masa pertama.

Beberapa aksi menarik Courtois pada separuh masa kedua menghalang PSG bagi penguasaan panjang sehingga jaringan kemenangan Cavani, dan sekarang Chelsea perlu menjaringkan gol di Stamford Bridge dalam perlawanan timbal balik 9 Mac depan jika mahu untuk mara.

Bagaimanpun, jaringan di gelanggang luar telah menentukan pertemuan kelab ini dalam dua musim lalu, dengan Chelsea mara ke suku akhir pada 2014 dan Paris mara ke pusingan 16 terakhir setahun lalu biarpun terikat seri 1-1 di laman sendiri pada perlawanan pertama.

“Kekesalan besar bagi saya adalah kami kehilangan jaringan sebelum separuh masa pertama,” kata Blanc. “Mungkin kami perlu bertanya kepada UEFA jika adil jaringan luar dikira dua, tetapi malam ini kami merasa gembira kerana kami beraksi dengan cara yang kami mahukan.” – AFP