Blanc tinggalkan PSG

Blanc tinggalkan PSG

PARIS, 24 Jun (AFP) – Jurulatih Laurent Blanc bakal meninggalkan Paris Saint-Germain dan akan dibayar pampasan sebanyak STG22 juta (RM102 jua) untuk pergi membawa hala tujunya sendiri, lapor akhbar Perancis L’Equipe semalam, dengan Unai Emery disebut bakal menjadi penggantinya.

Pemergian Blanc, yang mana posisinya kelihatan goyah selepas dia gagal membawa kelab Perancis itu melepasi peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, membuka laluan buat Emery, yang dikaitkan dengan kerusi panas itu selepas meninggalkan Sevilla minggu lalu.

Blanc, yang menandatangani kontrak tambahan dua tahun pada Februari lalu, memenangi gelaran berganda dalam dua musim terakhir dengan PSG.

Tetapi kegagalan untuk membantu pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara membuktikan tiada peningkatan dibawanya setakat ini.

Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi (kanan) bersama Blanc tiba di Istana Elysee di Paris untuk majlis makan malam. – AFP
Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi (kanan) bersama Blanc tiba di Istana Elysee di Paris untuk majlis makan malam. – AFP

Bagaimanapun, belum ada pengesahan secara rasmi daripada PSG mengenai masa depan Blanc, yang mengambil alih pasukan itu pada 2013 selepas bertindak melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Perancis.

“Bekas pertahanan Perancis itu akan meninggalkan PSG minggu ini. Kami sedang berbincang dengan pengarah PSG dan ia berjalan dalam suasana yang baik,” ejen Blanc berkata.

Apapun terdapat peraturan yang perlu dipenuhi untuk kontraknya ditamatkan dan PSG menghormatinya,” kata Jean Pierre Bernes.