‘Blanca’ menuju Los Cabos

‘Blanca’ menuju Los Cabos

BANDAR MEXICO, 3 Jun (AFP) – Taufan Blanca terbentuk di pantai Pasifik di Mexico semalam dan kini menuju ke kawasan peranginan Los Cabos sepanjang pilihan raya pada hujung minggu, setahun selepas insiden rebut kuat yang memusnahkan, menurut para peramal kaji cuaca.

Ribut tropika tersebut meningkat kepada taufan kategori satu dengan kelajuan angin maksimum 120 kilometer sejam, kata penyelaras keselamatan awam Luis Felipe Puente. Blanca terletak kira-kira 605 kilometer di barat daya Zihuatanejo di negeri Guerrero.

Peta jejak selama lima hari Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan Blanca melanda bahagian semenanjung Baja California sebagai ribut tropika pada Ahad lepas, ketika warga Mexico menuju ke pusat mengundi bagi pilihan raya penggal pertengahan.

“Pengukuhan segera diramalkan, dan Blanca diramalkan menjadi taufan yang kuat pada hari ini,” kata pusat itu dalam buletin terkininya.

Blanca menjadi taufan kategori dua musim Pasifik selepas became Andres yang sudah pun mencapai kategori empat berdasarkan skala lima paras Saffir-Simpson di pantai lebih jauh.

Taufan Odile meranapkan Los Cabos pada September 2014, menyebabkan kerosakan bernilai berjuta-juta dolar serta mengorbankan enam orang.