Blaszczykowski sertai Wolfsburg

Blaszczykowski sertai Wolfsburg

WOLFSBURG, Jerman, 2 Ogos – Wolfsburg akhirnya sah menandatangani pemain sayap Poland, Jakub Blaszczykowski daripada pencabar Bundesliga, Borussia Dortmund.

Wolfsburg berkata pemain berusia 30 tahun itu mengikat kontrak sehingga 2019.

Bagaimanapun, kedua-dua kelab enggan mendedahkan yuran perpindahan terbabit. Majalah Kickers melaporkan yuran perpindahan itu mencecah AS$5.6 juta.

Pengarah sukan Wolfsburg, Klaus Allofs, berkata: “Blaszczykowski adalah pemain yang berupaya mengubah pasukan menjadi lebih bagus.

Blaszczykowski meninggalkan Dortmund dan memilih beraksi bersama Wolfsburg sehingga 2019. – AFP
Blaszczykowski meninggalkan Dortmund dan memilih beraksi bersama Wolfsburg sehingga 2019. – AFP

“Bukan saja kerana kemampuan bola sepaknya, tetapi juga kerana dedikasi, komitmen dan kesungguhannya dan juga kerana dia akan memberikan 100 peratus ketika beraksi.”

Blaszczykowski, dengan 197 penampilan untuk Dortmund, pernah membantu bekas pasukannya itu menyambar gelaran Bundesliga pada kempen 2011 dan 2012.

Pada musim lalu, dia sekadar dipinjamkan ke pasukan Serie A, Fiorentina. Namun, dia gagal menemui prestasi terbaik susulan masalah kecederaan yang melandanya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA