Blaszczykowski wira Poland

Blaszczykowski wira Poland

WARSAW, 24 Mac (Reuters) – Ledakan babak pertama Jakub Blaszczykowski memberikan Poland kemenangan 1-0 ke atas Serbia dalam aksi persahabatan seimbang awal pagi tadi, tatkala pasukan yang melayakkan diri ke Euro 2016 bergelut untuk memecahkan kubu kental Serbia.

Blaszczykowski, yang dipinjamkan ke Fiorentina, memanfaatkan ruang di dalam kotak penalti pada minit ke-28 dengan melepaskan sepakan pertama ekoran kegagalan pertahanan Serbia membuang bola dengan baik.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu kebelakangan ini banyak disisihkan Fiorentina, tetapi meningkatkan peluangnya untuk kembali disenaraikan dalam Euro 2016 dengan prestasi hebat yang membayangi rakan-sepasukannya Robert Lewandowski dan Arek Milik.

Aksi Blaszczykowski selepas berjaya menjaringkan gol tunggal ke atas serbia di Stadium Inea. – Reuters
Aksi Blaszczykowski selepas berjaya menjaringkan gol tunggal ke atas serbia di Stadium Inea. – Reuters

Beraksi di bawah keadaan hujan lebat di Poznan, sebuah bandaraya di barat Poland, tuan rumah bergelut terutama di bahagian sayap ketika berdepan dua bek berpengalaman Serbia diketuai Aleksandar Kolarov dan Branislav Ivanovic.

Ia adalah aksi yang penuh fizikal dengan Serbia berupaya menandingi penguasaan tengah padang, dengan Lewandowski hampir dibawa keluar gara-gara kecederaan ekoran terjahan di awal permainan.

Poland diundi dalam Kumpulan C di Euro 2016 bersama-sama juara dunia Jerman, Ukraine dan Ireland Utara.

ARTIKEL YANG SAMA