Blatter anggap siasatan ‘tidak betul’

Blatter anggap siasatan ‘tidak betul’

FRANKFURT, 7 Okt (Reuters) – Presiden FIFA yang akan bersara, Sepp Blatter berkata penyiasatan jenayah Switzerland ke atasnya adalah “tidak betul” dan mempertahankan keputusannya untuk tidak meletak jawatan lebih awal sebagai ketua badan induk bola sepak dunia itu, menurut majalah Jerman.

Blatter, yang berada di bawah penyiasatan jenayah oleh pihak berkuasa Switzerland, telah memegang jawatan presiden badan induk bola sepak dunai itu sejak 1998 dan sebelumnya berkhidmat sejak 1981 sebagai setiausaha agung, dalam jawatan no.2 pertubuhan itu.

“Keadaan tidak menyenangkan,” mingguan Bunte, memetik Blatter sebagai berkata dalam satu temu bual.

“Saya dibidas tanpa sebarang bukti bagi salah laku di bahagian saya.

Ia begitu membangkitkan kemarahan.”

Sepp Blatter. – AFP
Sepp Blatter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA