Blatter enggan letak jawatan

Blatter enggan letak jawatan

LAUSANNE, 29 Sept (AFP) – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter menegaskan, dia tidak akan meletakkan jawatan meskipun dijadikan sasaran terhadap siasatan jenayah di Switzerland atas kesalahan kegagalan pengurusan.

“Presiden Blatter bercakap kepada staf FIFA hari ini dan mengumumkan kepada mereka yang dia bekerjasama dengan pihak berkuasa. Dia mengulangi mengatakan tidak pernah melakukan apa-apa menyalahi undang-undang atau perkara tidak sepatutnya dan menyatakan akan kekal sebagai Presiden FIFA,” menurut kenyataan dikeluarkan peguam yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Richard Cullen.

Pendakwa Raya Switzerland berkata, Blatter adalah sasaran terhadap siasatan “jenayah kegagalan pengurusan” di FIFA dengan fokus terarah kepada penjualan hak penyiaran televisyen kepada Kesatuan Bola Sepak Caribbean serta bayaran kepada Platini.

Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini dikatakan menerima bayaran 2 juta dolar AS daripada FIFA.

Gambar fail bertarikh 29 Mei 2015 menunjukkan Blatter (kiri) berjabat tangan dengan Platini selepas dipilih semula menerajui badan bola sepak dunia itu di Zurich. – AFP
Gambar fail bertarikh 29 Mei 2015 menunjukkan Blatter (kiri) berjabat tangan dengan Platini selepas dipilih semula menerajui badan bola sepak dunia itu di Zurich. – AFP

Platini sudah disoal oleh penyiasat Switzerland namun tidak dinamakan sebagai orang yang dituduh. Siasatan itu menghantar kejutan baharu kepada bola sepak dunia yang terjerumus ke dalam krisis dan skandal penyelewengan sejak Mei lalu apabila Jabatan Keadilan mendapati 14 orang terbabit dalam rasuah bola sepak membabitkan jumlah melebihi AS$150 juta AS sejak 1991.

Empat hari selepas mengekalkan kedudukan selaku presiden, Blatter kemudian mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila sesi pemilihan baharu yang dijadualkan pada Februari nanti.

Begitu pun, laporan media berkata Jawatankuasa Etika Bebas FIFA diramal akan melancarkan siasatan yang membawa kepada penggantungan Blatter dan Platini.Peguam Negara Switzerland ketika mengumumkan siasatan terbaharu itu berkata bayaran yang dibuat kepada Platini pada 2011 itu mungkin tidak sah.