Blatter hadir undian Piala Dunia 2018

Blatter hadir undian Piala Dunia 2018

MOSCOW, 25 Jun (Reuters) – Presiden FIFA, Sepp Blatter akan menghadiri undian kelayakan Piala Dunia 2018 di St Petersburg pada 25 Julai ini, umum Menteri Sukan Russia, Vitaly Mutko semalam.

“Sudah tentu beliau (Blatter) akan hadir. Semua ahli jawatankuasa eksekutif FIFA akan berada di sana, selain semua 209 persekutuan kebangsaan. Persediaan berjalan seperti dirancang,” kata Mutko.

Kesatuan Bolasepak Russia (RFS) turut menyatakan Blatter akan menghadiri undian itu.

“Sebagai seorang yang tahu beberapa perkara mengenai Blatter, saya tidak ragu-ragu beliau akan menghadiri majlis undian itu,” kata setiausaha agung RFS, Anatoly Vorobyov.

“Blatter sudah datang ke Russia 23 tahun berturut-turut untuk menghadiri Piala Komanwel. Sudah tentu presiden FIFA akan datang.”

Presiden Rusia, Vladimir Putin (kiri) bercakap kepada Sepp Blatter semasa menyaksikan final Piala Dunia Jerman menentang Argentina di Stadium Maracana, Rio de Janeiro dalam gambar fail 13 Julai 2014. – Reuters
Presiden Rusia, Vladimir Putin (kiri) bercakap kepada Sepp Blatter semasa menyaksikan final Piala Dunia Jerman menentang Argentina di Stadium Maracana, Rio de Janeiro dalam gambar fail 13 Julai 2014. – Reuters

Blatter melakukan kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatan, empat hari selepas dipilih semula untuk menerajui badan induk bola sepak dunia itu buat penggal kelima.

Blatter mengumumkan keputusannya itu pada sidang akhbar 3 Jun lalu, enam hari selepas FBI menyerbu dan menggeledah hotel di bandar ini dan menahan beberapa pegawai FIFA kerana skandal rasuah.

Blatter yang sudah menerajui FIFA selama 17 tahun dan dipilih semula Jumaat lalu, berkata satu kongres baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memilih penggantinya.

Katanya, FIFA yang dicemari skandal rasuah perlukan ‘penyusunan semula menyeluruh’ dan beliau sudah membuat pertimbangan mendalam berhubung jawatannya itu sejak dipilih semula.

ARTIKEL YANG SAMA