Blatter hadkan perjalanan

Blatter hadkan perjalanan

BERLIN, 6 Julai (AFP) – Ketua FIFA Sepp Blatter yang terperangkap dalam dakwaan rasuah, memberitahu sebuah akhbar Jerman semalam bahawa beliau tidak akan mengambil risiko perjalanan sehingga keadaan ‘dibersihkan’.

“Selagi semuanya belum dibersihkan, saya tidak akan mengambil apa-apa risiko perjalanan,” Blatter, 79, berkata tanpa memberikan butiran lanjut dalam komen yang dilaporkan oleh akhbar Welt am Sonntag.

Pada 2 Jun lalu beliau mengumumkan akan meletak jawatan – beberapa hari selepas dipilih semula – daripada presiden FIFA pada kongres luar biasa yang akan diadakan antara bulan Disember tahun ini dan Mac 2016.

Keputusan itu berikutan krisis yang melanda FIFA dengan 18 orang didakwa di Amerika Syarikat atas tuduhan rasuah berkaitan bola sepak melibatkan rasuah berjuta-juta dolar.

Blatter telah berkali-kali mengaku tidak bersalah. Beliau juga tidak menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia Wanita di Kanada lewat semalam, peguam AS beliau berkata minggu lepas.

Sepp Blatter (tiga kiri) bergambar dengan para pekerja binaan Muzium FIFA di Zurich 25 Jun lalu. – Reuters
Sepp Blatter (tiga kiri) bergambar dengan para pekerja binaan Muzium FIFA di Zurich 25 Jun lalu. – Reuters

Ini adalah kali pertama sejak pemilihan Blatter sebagai Presiden FIFA pada tahun 1998 dia terlepas kemuncak acara badan dunia itu.

Bagaimanapun, Blatter membayangkan kepada Welt am Sonntag bahawa dia merancang untuk mengembara ke Rusia akhir bulan ini untuk menghadiri undian kelayakan Piala Dunia 2018.

Beliau juga memberitahu akhbar Jerman itu bahawa penganugerahan Piala Dunia 2018 dan 2022 kepada Rusia dan Qatar ada ‘campur tangan politik’.

“Sebelum tugasan Piala Dunia ke Rusia dan Qatar, terdapat dua campur tangan politik dikesan,” kata Blatter.

“Misters (Nicolas) Sarkozy dan (Kristian) Wulff cuba mempengaruhi perwakilan mereka,” katanya merujuk kepada bekas presiden Perancis dan Jerman.

Beliau mendakwa Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) telah menerima cadangan daripada bekas presiden bahawa ‘Jerman mengundi Qatar kerana kepentingan ekonomi’.