Blatter menghilang

Blatter menghilang

ZURICH, 28 Mei (AFP) – Presiden FIFA Sepp Blatter tidak kelihatan selama dua hari berturut-turut apabila beliau gagal untuk muncul ketika Persidangan Perubatan sehari selepas badan bola sepak dunia itu terjunam dalam satu lagi skandal korupsi.

Warga Switzerland berusia 79 tahun itu yang jarang sekali tidak menghadiri apa sahaja acara mengenai FIFA dan selalu berhubung dengan pihak media, membuatkan ketiadaannya mudah dilihat apabila gagal menghadiri mesyuarat bersama para perwakilan Afrika di Zurich menjelang kongres Jumaat depan.

Ketua pegawai perubatan FIFA, Michael D’Hooghe dari Belgium memberitahu para pegawai perubatan: “Presiden Blatter meminta maaf kerana tidak dapat turut serta hari ini kerana pergolakan yang telah anda dengar.”

Pergolakan tersebut membabitkan serbuan pihak polis di salah sebuah hotel mewah di Zurich Rabu lalu membawa kepada penangkapan tujuh tokoh bola sepak dalam tahanan semalaman Rabu lalu dan berdepan dengan ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) dengan tuduhan korupsi setelah penangkapan mereka.

Seorang penunjuk perasaan menyamar sebagai Blatter mengambil bahagian dalam satu tunjuk perasaan mengenai keadaan pekerja binaan untuk Piala Dunia di Qatar. – AFP
Seorang penunjuk perasaan menyamar sebagai Blatter mengambil bahagian dalam satu tunjuk perasaan mengenai keadaan pekerja binaan untuk Piala Dunia di Qatar. – AFP

Pihak berwajib Swiss juga mengumumkan satu penyiasatan jenayah dijalankan mengenai pemilihan dua negara yang telah terpilih untuk menjadi hos piala dunia iaitu Rusia 2018 dan Qatar 2022. Manakala, pihak berwajib AS menyatakan sembilan petugas bola sepak dan lima eksekutif media sukan dan promosi berdepan dengan tuduhan korupsi yang melibatkan rasuah sebanyak AS$150 juta.

Tindakan tersebut menyemarakkan lagi krisis bersejarah FIFA selama 111 tahun dengan persatuan yang sekarang menunjukkan peperangan terbuka antara satu sama lain, sehari sebelum Blatter dijangka dipilih semula sebagai presiden FIFA buat kali kelima esok (Jumaat).

Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat kenyataan untuk membuat persidangan bagi mencadangkan agar pemilihan presiden baru ditangguhkan. Walau bagaimanapun pihak Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) membalas untuk terus menyokong Blatter dan pemilihan segera perlu dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA