Blatter perlu segera diganti

Blatter perlu segera diganti

ZURICH, 20 Julai – Putera Ali bin al-Hussein mahu Sepp Blatter meninggalkan jawatan sebagai presiden FIFA, dan membenarkan seorang pemimpin dari luar sukan untuk menyelia pemilihan akan datang dan memperbaharui badan bola sepak yang dibelenggu skandal itu.

Bekas calon presiden FIFA itu menggesa jawatankuasa eksekutif, yang bertemu pada lewat hari ini, supaya jangan bersikap terburu-buru untuk menetapkan tarikh pilihan raya awal.

“Masa depan FIFA menghadapi risiko,” kata Putera Ali, naib presiden selama empat tahun sehingga Mei, dalam satu kenyataan kepada Agensi. “JIka pemilihan Disember diadakan, tidak adanya perubahan bermakna dalam kepimpinan FIFA yang amat diperlukan oleh kami.”

Perubahan mesti bermula dengan pemergian Blatter, kata putera Jordan dalam komen awam pertamanya sejak 2 Jun apabila presiden FIFA mengumumkan rancangan persaraannya yang menerima tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan siasatan rasuah persekutuan Swiss.

Putera Ali menyuarakan pendapatnya mengenai pimpinan FIFA. - Reuters
Putera Ali menyuarakan pendapatnya mengenai pimpinan FIFA. – Reuters

“Peletakan jawatan Presiden Blatter tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Dia mesti pergi sekarang juga,” kata Putera Ali, menegaskan bekas pencabarnya “tidak dibenarkan merancang penggantinya dan mengendali proses pemilihan ini.”

Ucapan Blatter yang menakjubkan menyusul empat hari selepas kemenangan pemilihan 133-73 ke atas Putera Ali, yang memperoleh undi daripada anggota persatuan di setiap enam benua FIFA.

Sejak itu, Blatter telah mengelak acara FIFA yang diadakan di negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan AS.

Mahu berpegang pada jawatannya selepas 40 tahun di FIFA, Blatter ingin satu pemilihan pada akhir Mac dan mempunyai masa untuk memperkukuhkan peninggalannya dengan melaksana pembaharuan moden.

Putera Ali menyertai penaja Piala Dunia Coca-Cola dan bekas penasihat FIFA Transparensi Antarabangsa dalam kempen untuk menyingkirkan seorang lelaki yang mempengerusikan sebuah pertubuhan yang dibelenggu skandal daripada proses pembentukan masa depannya.

Mereka mahu FIFA melantik seorang tokoh yang dihormati dari luar sukan. – Agensi