Blatter, Platini digantung 8 tahun

Blatter, Platini digantung 8 tahun

ZURICH, 21 Dis (Reuters) – Presiden FIFA yang digantung Sepp Blatter dan ketua bola sepak Eropah Michel Platini keduanya telah diharamkan dari mana-mana acara bola sepak selama lapan tahun hari ini oleh Jawatankuasa Etika badan mentadbir bola sepak global.

Bagaimanapun, Blatter menyatakan bahawa dia akan membuat rayuan terhadap pengharaman lapan tahun itu, dia memberitahu para pemberita.

“Saya akan berjuang demi saya dan FIFA,” kata Blatter, menambah dia akan membawa bantahan-bantahannya kepada badan rayuan FIFA atau mengambil tindakan undang-undang di bawah undang-undang Switzerland jika perlu. Keduanya yang juga didenda, telah digantung selama 90 hari sejak Oktober sementara satu penyiasatan dijalankan terhadap bayaran 2 juta Swiss Franc (AS$2.02 juta) oleh FIFA kepada Platini pada 2011. Bagaimanapun keduanya menafikan bagi sebarang salah laku.

Keputusan itu, datang tatkala skandal rkorupsi menular di seluruh FIFA, bermakna pemerintahan 17 tahun Blatter di dunia bola sepak akan berakhir dengan kehinaan, dan mengakhiri harapan Platini untuk menjawat jawatan presiden FIFA pada Januari.

Jawatankuasa etika membuat keputusan untuk menggantung Sepp Blatter dan Michel Platini selama lapan tahun. – Reuters
Jawatankuasa etika membuat keputusan untuk menggantung Sepp Blatter dan Michel Platini selama lapan tahun. – Reuters

Platini, bekas pemain kebangsaan Perancis yang merupakan salah seorang berkaliber generasinya dan telah memimpin badan bola sepak Eropah UEFA sejak 2002, telah menjadi pilihan untuk memenangi pilihan raya sehingga beliau digantung.

Siasatan etika bermula ekoran keputusan peguam negara Switzerland untuk membuka prosiding jenayah terhadap Blatter yang membuat pembayaran kepada Platini. Pejabat itu juga menyiasat anugerah kejohanan Akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 kepada Russia dan Qatar.

Di Amerika Syarikat, pendakwa raya telah mendakwa 27 penjawat dan bekas penjawat pegawai bola sepak, termasuk lapan bekas ahli-ahli jawatankuasa eksekutif FIFA, atas dakwaan mereka menjalani skim-skim rasuah berhubung hak televisyen terhadap kejohanan-kejohanan bola sepak. Dua belas orang dan dua syarikat pemasaran sukan telah disabitkan.

ARTIKEL YANG SAMA