Blatter tampil buat rayuan

Blatter tampil buat rayuan

NEW YORK, 11 Jan (AFP) – Peguam mewakili Sepp Blatter semalam mengesahkan bekas presiden FIFA itu akan membuat rayuan berhubung hukuman penggantungan lapan tahun ke atasnya.

“Kami akan membuat rayuan, ia sudah pasti,” kata peguam yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Richard Cullen mengesahkan menerusi kiriman emel kepada AFP.

Pengesahan itu hadir selepas tribunal Jawatankuasa Etika FIFA, Sabtu lalu mendedahkan mereka memberi peluang kepada Blatter dan Presiden UEFA, Michel Platini untuk mengemukakan rayuan berhubung hukuman penyalahgunaan kuasa ke atas mereka.

Peguam kepada Platini, yang juga dikenakan hukuman penggantungan lapan tahun, sebelum itu turut mengesahkan pihaknya akan membuat rayuan.