Blatter tidak hadir final Piala Dunia Wanita

Blatter tidak hadir final Piala Dunia Wanita

LOS ANGELES, 1 Julai (AFP) – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Sepp Blatter yang mencetuskan kontroversi tidak akan menghadiri final Piala Dunia Wanita di Kanada, demikian disahkan peguamnya hari ini.

“Blatter sudah memaklumkan kepada penganjur kejohanan mengenainya atas alasan peribadi bahwa dia tidak dapat menghadiri perlawanan final itu,” kata peguam Richard Cullen dalam satu kenyataan.

Spekulasi sama ada Blatter akan hadir pada aksi final itu menjadi topik perbualan sejak kejohanan itu dimulakan lagi.

Blatter, 79, mengumumkan pada 2 Jun lalu bahawa akan meletakkan jawatan sebagai Presiden FIFA dalam kongres luar biasa badan induk bola sepak dunia itu pada Disember tahun ini dan Mac 2016.

Keputusan itu susulan krisis yang melanda FIFA apabila 18 orang didakwa di Amerika Syarikat atas tuduhan rasuah bola sepak.

Sejak itu, sumber yang rapat dengan Blatter dipetik sebagai berkata bahawa Blatter tidak menolak kemungkinan untuk menarik balik keputusannya itu selepas memperoleh banyak sokongan dari gabungan bola sepak Asia dan Afrika.

ARTIKEL YANG SAMA